Monday, May 11, 2015

Status Terkini Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kesyukuran kita panjatkan kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menikmati kesihatan dan kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT.

Pada 11 April 2015, JK Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi serta beberapa orang penduduk Taman Seri Bangi, telah membuat lawatan ke tapak pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi. Pada hari lawatan tersebut, pihak kontraktor iaitu AHAZ BUILDERS SDN BHD, telah memberikan penerangan tentang status terkini pembinaan. Berdasarkan penerangan berkenaan, pembinaan surau adalah 20% mendahului jadual yang dirancangkan. InsyaAllah, dengan progress yang diberikan ini, surau akan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya bulan Oktober 2015.





Ayuh kita terus-menerus menyumbang ke tabung pembinaan surau bagi memastikan pembinaan surau ini berjalan dengan lancar. Ayuh kita berwakaf untuk bekalan kita di sana. 

Berikut ialah maklumat akaun bank Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi:

Nama Akaun: Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
No. Akaun : 562834623089 (Maybank Islamic)

Sekiranya inginkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan pengecualian cukai, sila emailkan nama, alamat, nombor telefon serta bukti pembayaran/online transfer ke arraudhahseribangi@gmail.com.


No comments:

Post a Comment