Friday, February 6, 2015

Status Perjalanan Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi

Assalamualaikum warga Seri Bangi dan seluruh muslimin dan muslimat.

Berikut ialah status perjalanan pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi, sehingga 6 Februari 2015. InsyaAllah, Admin blog ini akan membentangkan gambar-gambar yang berkaitan dengan detik-detik penting dalam pembinaan surau ini, pada masa terdekat, di dalam blog ini.



Moga surau kita akan siap terbina pada bulan Oktober 2015 ini nanti. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada AJK Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi, atau emailkan ke arraudhahseribangi@gmail.com

Jadual Aktiviti Surau Ar-Raudhah & Muslimah Taman Seri Bangi : Februari 2015

Assalamualaikum warga Seri Bangi dan muslimin muslimat keseluruhannnya.

Berikut ialah jadual aktiviti Surau Ar-Raudhah & Muslimah Taman Seri Bangi yang telah dirancang untuk bulan Februari 2015.

Antara yang baru diperkenalkan tahun 2015 ini ialah kelas Al-Quran untuk kanak-kanak dan dewasa.

Ayuh sama-sama kita meraikan majlis ilmu. Juga terus menerus solat berjemaah 5 waktu terutamanya waktu Subuh, Maghrib dan Isyak di Clubhouse Taman Seri Bangi, sementara menunggukan terbinanya Surau Ar-Raudhah yang dijangka siap pada bulan Oktober 2015.


Sebarang pertanyaan, boleh emailkan ke arraudhahseribangi@gmail.com