Wednesday, December 3, 2014

Jadual Kuliyyah & Aktiviti Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi - Disember 2014

Assalamualaikum Warga Seri Bangi,

Berikut ialah Jadual Kuliyyah dan Aktiviti Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi, untuk bulan Disember 2014.
 
 
 
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada mana-mana AJK Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi, atau emelkan ke arraudhahseribangi@gmail.com.
 
 

Monday, November 10, 2014

Jadual Kuliyyah & Aktiviti Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi - November 2014

Assalamualaikum Warga Seri Bangi,

Berikut ialah Jadual Kuliyyah dan Aktiviti Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi, untuk bulan November 2014.


Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada mana-mana AJK Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi, atau emelkan ke arraudhahseribangi@gmail.com.

Friday, October 17, 2014

Jadual Kuliyyah & Aktiviti Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi

Assalamualaikum Warga Seri Bangi. Berikut ialah Jadual Pengajian dan aktiviti Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi untuk bulan Oktober 2014:
 

Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh berhubung mana-mana AJK Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi, atau hantarkan email ke arraudhahseribangi@gmail.com

 

Tuesday, September 23, 2014

Aktiviti JK Pembinaan Surau Ar-Raudhah .. Satu Perjuangan

Assalamualaikum Warga Seri Bangi yang dikasihi.
 
 
Admin arraudhah.seribangi.com ingin memohon maaf kerana hampir 2 bulan tidak meletakkan apa-apa post.


Berikut ialah antara aktiviti yang berlangsung bermula akhir bulan Julai sehingga awal September 2014:
 
1. Program Bubur Lambuk @ Seri Bangi:
 
Program tahunan ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim di antara para penduduk Taman Seri Bangi. Pada tahun ini, ia telah berlangsung pada 12 Julai 2014 (Ramadhan 13, 1435H). Alhamdulillah, semua pihak telah bersama bergotong-royong memasak bubur, membungkus dan mengedarkan kepada para penduduk dan juga surau serta sekolah tahfiz yang berhampiran. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan berterusan, InsyaAllah.
 






 

 
 
2. Penerangan Tender Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
 
Pada 23 Ogos 2014, Jawatankuasa Teknikal Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi telah mengadakan majlis penerangan tender pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi. Ini adalah salah satu prosedur yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau bagi memastikan ketelusan pemilihan kontraktor yang bakal membina Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi.
 
 
Sebanyak 8 syarikat/kontraktor hadir bagi mendengar penerangan dan sebanyak 7 syarikat/kontraktor yang telah membeli tender berkenaan. Semua syarikat/kontraktor yang berminat perlu menyerahkan jawapan tender sebelum 22 September 2014.  
 
Moga usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT.
 
 
 
 
 
3. Kuliyyah Maghrib @ Seri Bangi
 
Kuliyyah mingguan di Mutipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse telah diteruskan selepas berhenti pada bulan Ramadhan dan Syawal. Para penduduk boleh merujuk jadual kuliyyah Maghrib di pintu masuk Clubhouse. Semoga Allah sentiasa menurunkan rahmat di Taman Seri Bangi dengan adanya kuliyyah ilmu ini.
 

 
 
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan ke arraudhahseribangi@gmail.com.
 

 

Thursday, July 24, 2014

Majlis Berbuka Puasa Perdana @ Seri Bangi 2014

Alhamdulillah, pada 19 Julai 2014, Majlis Berbuka Puasa Perdana @ Seri Bangi 2014 telah selamat di jalankan. Majlis tahunan kali ke-2 ini antara lain untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan penduduk taman Seri Bangi, sambil meraikan anak-anak yatim dan juga para asnaf sekitar daerah Hulu Langat. 

Program dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran oleh para penduduk Taman Seri Bangi yang menyertai Tadarus Al_Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Ustaz Mohamad Fiteri Razali mengetuai majlis ini dan juga mengetuai bacaan Doa Khatam Al-Quran.

 


  
Majlis seterusnya ialah pemberian sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim daripada Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA) Malaysia dan juga kepada para asnaf (fakir miskin, ibu tunggal) di sekitar daerah Hulu Langat. Tetamu kehormat yang dijemput ialah Ahli MPKj Yang Berbahagia Tuan Hj. Muhmad Hamidi Bin Mohd Nazir.

  

 

 

  

 

 

 

 

 
 
Seterusnya, sambil menunggu waktu berbuka puasa, cenderahati juga disampaikan kepada bekas AJK Muslimah Taman Seri Bangi, AJK Induk Majlis Makan Malam Ama Ar-Raudhah Seri Bangi 2014 dan kepada Imam Terawih Jemputan untuk Ramadhan tahun ini.

   
 

 

 

 

 
 
Bagi pihak Ketua Program, Pn. Zaiton Sahari dan seluruh jawatankuasa penganjur, ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan penduduk yang sama-sama menjayakan program ini. Jutaan kemaafan diucapkan kiranya ada kesalahan dan kekurangan.
 
Insya Allah, kita jumpa lagi tahun hadapan.
 
 

 

 
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada arraudhahseribangi@gmail.com.