Tuesday, September 23, 2014

Aktiviti JK Pembinaan Surau Ar-Raudhah .. Satu Perjuangan

Assalamualaikum Warga Seri Bangi yang dikasihi.
 
 
Admin arraudhah.seribangi.com ingin memohon maaf kerana hampir 2 bulan tidak meletakkan apa-apa post.


Berikut ialah antara aktiviti yang berlangsung bermula akhir bulan Julai sehingga awal September 2014:
 
1. Program Bubur Lambuk @ Seri Bangi:
 
Program tahunan ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim di antara para penduduk Taman Seri Bangi. Pada tahun ini, ia telah berlangsung pada 12 Julai 2014 (Ramadhan 13, 1435H). Alhamdulillah, semua pihak telah bersama bergotong-royong memasak bubur, membungkus dan mengedarkan kepada para penduduk dan juga surau serta sekolah tahfiz yang berhampiran. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan berterusan, InsyaAllah.
 






 

 
 
2. Penerangan Tender Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
 
Pada 23 Ogos 2014, Jawatankuasa Teknikal Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi telah mengadakan majlis penerangan tender pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi. Ini adalah salah satu prosedur yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau bagi memastikan ketelusan pemilihan kontraktor yang bakal membina Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi.
 
 
Sebanyak 8 syarikat/kontraktor hadir bagi mendengar penerangan dan sebanyak 7 syarikat/kontraktor yang telah membeli tender berkenaan. Semua syarikat/kontraktor yang berminat perlu menyerahkan jawapan tender sebelum 22 September 2014.  
 
Moga usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT.
 
 
 
 
 
3. Kuliyyah Maghrib @ Seri Bangi
 
Kuliyyah mingguan di Mutipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse telah diteruskan selepas berhenti pada bulan Ramadhan dan Syawal. Para penduduk boleh merujuk jadual kuliyyah Maghrib di pintu masuk Clubhouse. Semoga Allah sentiasa menurunkan rahmat di Taman Seri Bangi dengan adanya kuliyyah ilmu ini.
 

 
 
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan ke arraudhahseribangi@gmail.com.