Tuesday, March 4, 2014

KISMINDA AR-RAUDHAH - Pemakanan Sunnah untuk Minda Cemerlang

Ingin membeli sambil beramal untuk saham akhirat? Dapatkan produk pemakanan sunnah KISMINDA.
 
KISMINDA ialah produk pemakanan sunnah hasil kerjasama Jawatankuasa Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi, Selangor Darul Ehsan, para penduduk Taman Seri Bangi, Selangor Darul Ehsan dan Madrasah Darul Ulum wal Qiroat, Perak Darul Ridzuan. KISMINDA merupakan kismis yang telah yang telah dibacakan 30 juzuk Al-Quran oleh para pelajar tahfiz pimpinan Ustaz Maulana Jalaludin bin Hj Abdul Rahman al-Hafiz, Mudhir Madrasah Darul Ulum wal Qiroat.
 
HARGA: RM1 dan RM2 (2 saiz yang berlainan)
 
Semua hasil jualan akan dibahagikan untuk pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi dan Madarasah Ulum wal Qiroat.
 
Dapatkan segera! Untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai produk KISMINDA, hubungi En. Md Azani Mansor (0133333374) atau En. M Safian Abd Rahman (0126029655), atau emel kepada arraudhahseribangi@gmail.com.
 
KISMINDA - Pemakanan Sunnah untuk Minda Cemerlang ..
 
 

Monday, March 3, 2014

Tradisi Ilmu diteruskan bulan Mac 2014... Jom Kuliyyah Maghrib @ Seri Bangi

Assalamualaikum Warga Seri Bangi,
 
Allahuakbar! Jom kita teruskan tradisi ilmu dengan kita sama-sama memenuhkan kuliyyah maghrib di Seri Bangi pada bulan Mac 2014 ini. Berikut ialah jadual kuliyyah, yang akan berlangsung di Multipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse, yang juga boleh dirujuk di Group FB Seri Bangi dan juga di Clubhouse Seri Bangi :
 
13/2/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Zainal Rashid bin Ahmad
Tajuk: Mukmin Sejati, Tanya sama Hati.
 
20/3/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Hj. Mohammad Asraff Bin Ayob Al-Hafiz
Tajuk: Tafsir Al-Fatihah.

30/3/2014 (Ahad - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Hj Zainal Abidin bin Abd Karim Al-Banjari – Ustaz Toliban
Tajuk: Kuliyyah Bulanan Berkitab : Solat Empat Mazhab - Karangan Abdul Qadir Ar-Rahbawi.


.. sambil mendapat ilmu, sama-sama kita perbanyakkan saham akhirat kita dengan memberi sumbangan dalam tabung pembinaan surau kita. Berikut ialah nombor akaun surau bagi tujuan pembinaan:
 
No. Akaun:     562834623089
Nama Akaun:  Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
Bank:              Maybank Islamic, Bandar Baru Bangi.
 
Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh diajukan kepada mana-mana AJK Pembinaan Surau, atau emailkan kepada arraudhahseribangi@gmail.com