Monday, January 6, 2014

Salam Tahun Baru 2014

Assalamualaikum,

Kami Jawatankuasa Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Moga kehadiran tahun baru ini akan terus menjadi pemangkin kepada kita untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah SWT. Kami selaku pemegang amanah untuk membina sebuah surau di taman ini, komited untuk terus meningkatkan usaha kami bagi merealisasikan cita-cita para penduduk untuk terbinanya sebuah surau di taman ini, sambil meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti keagamaan di taman ini, Insyaa Allah.
 
Alhamdulillah,
Kehadiran bulan Januari 2014 akan dipenuhi dengan kuliyyah dan tazkirah Maghrib di Multipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse. Berikut ialah jadual yang telah dirancang:

9/1/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Maulana Jalaluddin Al-Hafiz bin Hj. Abdul Rahman
Tajuk: Fadhilat Al-Quran

16/1/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Amir Muttakin Hj. Abd Ghani Al-Hafiz
Tajuk: 12 Golongan Dibangkitkan Dari Kubur

30/1/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
Tajuk: Tafsir Surah Al-Fatihah.

Jom sama-sama kita penuhkan taman-taman syurga ini, sambil terus-menerus menderma ke dalam tabung pembinaan surau kita. Untuk makluman para penduduk sekali-lagi, berikut ialah nombor akaun surau bagi tujuan pembinaan:
 
No. Akaun:     562834623089
Nama Akaun:  Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
Bank:              Maybank Islamic, Bandar Baru Bangi.
 
Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh diajukan kepada mana-mana AJK Pembinaan Surau, atau emailkan kepada arraudhahseribangi@gmail.com