Thursday, July 24, 2014

Majlis Berbuka Puasa Perdana @ Seri Bangi 2014

Alhamdulillah, pada 19 Julai 2014, Majlis Berbuka Puasa Perdana @ Seri Bangi 2014 telah selamat di jalankan. Majlis tahunan kali ke-2 ini antara lain untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan penduduk taman Seri Bangi, sambil meraikan anak-anak yatim dan juga para asnaf sekitar daerah Hulu Langat. 

Program dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran oleh para penduduk Taman Seri Bangi yang menyertai Tadarus Al_Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Ustaz Mohamad Fiteri Razali mengetuai majlis ini dan juga mengetuai bacaan Doa Khatam Al-Quran.

 


  
Majlis seterusnya ialah pemberian sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim daripada Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA) Malaysia dan juga kepada para asnaf (fakir miskin, ibu tunggal) di sekitar daerah Hulu Langat. Tetamu kehormat yang dijemput ialah Ahli MPKj Yang Berbahagia Tuan Hj. Muhmad Hamidi Bin Mohd Nazir.

  

 

 

  

 

 

 

 

 
 
Seterusnya, sambil menunggu waktu berbuka puasa, cenderahati juga disampaikan kepada bekas AJK Muslimah Taman Seri Bangi, AJK Induk Majlis Makan Malam Ama Ar-Raudhah Seri Bangi 2014 dan kepada Imam Terawih Jemputan untuk Ramadhan tahun ini.

   
 

 

 

 

 
 
Bagi pihak Ketua Program, Pn. Zaiton Sahari dan seluruh jawatankuasa penganjur, ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan penduduk yang sama-sama menjayakan program ini. Jutaan kemaafan diucapkan kiranya ada kesalahan dan kekurangan.
 
Insya Allah, kita jumpa lagi tahun hadapan.
 
 

 

 
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada arraudhahseribangi@gmail.com.
 


  

Wednesday, July 9, 2014

Penetapan Arah Qiblat Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi

Assalamualaikum Warga Seri Bangi.
 
Alhamdulillah. 9 Julai 2014 merupakan salah satu tarikh bersejarah untuk penduduk muslim di Taman Seri Bangi ini. Sesi penetapan arah kiblat di tapak surau telah selamat dijalankan oleh para pegawai dari Jabatan Mufti Selangor, dengan disaksikan oleh wakil JK Pembinaan Surau Ar-Raudhah serta penduduk yang berkelapangan (terima kasih kepada En. Adi, En. Khairil, En. Azmiza dan pasukannya, En. Saiful, Pn. Zaiton, Pn. Siti dan Pn. Fauziah). Kita juga telah diberi peluang untuk membetulkan arah kiblat di C...lubhouse Taman Seri Bangi.
 
Berikut ialah arah kiblat dari Taman Seri Bangi: 292 darjah, 36' 26".
 
Kepada para penduduk yang ingin membetulkan arah kiblat di rumah, boleh menggunakan ukuran di atas. Boleh juga melihat arah kiblat di Clubhouse.
 
 
 












 
 
Sebarang pertanyaan boleh berjumpa dengan mana-mana AJK Pembinaan Surau atau emelkan soalan ke arraudhahseribangi@gmail.com