Friday, April 18, 2014

Makan Malam Amal Ar-Raudhah Seri Bangi 2014

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya wafat ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak, dan harta yang disedekahkannya" (HR. Ibnu Majah).
 



PENGENALAN:

Makan Malam Amal Ar-Raudhah Seri Bangi yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Seri Bangi, bertujuan untuk mendapatkan dana bagi membina sebuah surau di Taman ini. Makan malam amal yang julung-julung kali diadakan ini juga bertujuan untuk memupuk ukhuwah di kalangan penduduk Islam di Taman Seri Bangi ini.


OBJEKTIF:

Menjana dana pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi yang berjumlah RM600,000.


PENAUNG:

Majlis ini adalah di bawah naungan pasangan Semanis Kurma, Yang Berbahagia Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahmood dan Yang Berbahagia Ustaz Wan Akashah Bin Wan Abdul Hamid.


MAKLUMAT MAJLIS:

Lokasi: Seri Bangi Clubhouse, Taman Seri Bangi.
Tarikh: 7 Jun 2014
Masa: 7.30 malam - 10.30 malam
Pakaian:  Formal batik. 



ATURCARA:

7.30pm
Ketibaan Tetamu

8.00pm  
Ketibaan V.I.P

8.05pm  
Pengerusi memulakan majlis

8.10pm  
Bacaan Doa

8.20pm
Ucapan Aluan Tuan Pengerusi Program
Merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Bangi

8.40pm  
Ucapan Tetamu Kehormat

9.00pm  
Jamuan Makan
Persembahan Artis


10.00pm 
Penyampaian Hadiah
Penyampaian Cenderamata kepada tetamu kehormat


10.30pm 
Majlis bersurai


JUALAN MEJA:

Berikut ialah harga jualan meja untuk majlis ini (1 meja = 10 kerusi)*:
Berlian   -  RM25,000
Delima   -  RM15,000
Mutiara  -  RM 10,000
Zamrud  -  RM  5,000
Nilam     -  RM  3,000
Kristal    -  RM  1,500


Untuk tempahan dan maklumat lanjut tentang majlis ini, boleh berhubung dengan AJK Sekretariat Makan Malam Amal Ar-Raudhah Seri Bangi berikut:

Mohd Marman Sharif (016-3972351)
Mohd Khairil Ismail (012-2078698)
Zaiton Sahari (016-3778339)
Rozaiman Rahim (012-2208425)
Norliza Mat Isa (016-2211078)
Farah Nadiya Mohd Jalaludin (012-9107156)
Wahidah Othman (012-2921595)
Kritika Sharifuddin (010-2310335)

atau emailkan pertanyaan ke arraudhahseribangi@gmail.com.

Maklumat akaun bagi tujuan pembelian meja, ataupun derma langsung untuk pembinaan surau ialah seperti berikut:
 
Nama Akaun: Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
No. Akaun : 562834623089 (Maybank Islamic)
 
Ayuh mulakan
 langkah sekarang untuk menambah saham akhirat kita dengan sama-sama menyumbang dan menjadi salah seorang hadirin pada malam yang penuh bermakna ini. Jom kita beramal sambil menjamu selera.
 

*Pembeli kerusi/meja akan diberikan resit rasmi Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi sebagai pengesahan pembelian. Sekiranya pembeli inginkan pengecualian cukai, resit Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan dikeluarkan untuk 80% daripada harga belian.


 

Tradisi Ilmu diteruskan bulan April 2014... Jom Kuliyyah Maghrib @ Seri Bangi

Assalamualaikum Warga Seri Bangi,
 
 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
 
Ayuh kita teruskan tradisi ilmu dengan kita sama-sama memenuhkan taman-taman syurga dunia pada bulan April 2014 ini. Berikut ialah jadual kuliyyah Maghrib, yang akan berlangsung di Multipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse, yang juga boleh dirujuk di Group FB Seri Bangi dan juga di Clubhouse Seri Bangi :
 
 
10/4/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Johari Abd. Wahab
Tajuk: Umum.
 
17/4/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):Penceramah: Ustaz Zainal Rashid bin Ahmad
Tajuk: Pengajian Berkitab
 
24/4/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):Penceramah: Ustaz Mahfuz bin Muhamad
Tajuk: Kuliyyah Bulanan Berkitab : I'tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah
 
30/4/2014 (Rabu - selepas solat Magrib):
Penceramah: Ustaz Hj Zainal Abidin bin Abd Karim Al-Banjari – Ustaz Toliban
Tajuk: Kuliyyah Bulanan Berkitab : Solat Empat Mazhab - Karangan Abdul Qadir Ar-Rahbawi.
 

 .. sambil mendapat ilmu, sama-sama kita perbanyakkan saham akhirat kita dengan memberi sumbangan dalam tabung pembinaan surau kita. Berikut ialah nombor akaun surau bagi tujuan pembinaan:
 
No. Akaun:     562834623089
Nama Akaun:  Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
Bank:              Maybank Islamic, Bandar Baru Bangi.
 
Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh diajukan kepada mana-mana AJK Pembinaan Surau, atau emailkan kepada arraudhahseribangi@gmail.com