Monday, February 3, 2014

Ilmu Pelita Hidup ... Jom Kuliyyah Maghrib @ Seri Bangi

Assalamualaikum,
 
Alhamdulillah, kesyukuran kita panjatkan ke hadhrat Allah SWT yang masih memilih kita untuk terus hidup di muka bumiNya. Kesyukuran kita juga panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana kita dikurniakan rahmat paling besar iaitu menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Selawat serta salam kepada baginda SAW.
 
Bagi meneruskan jihad kita mencari ilmu, berikut ialah jadual Kuliyyah Maghrib @ Seri Bangi untuk bulan Februari 2014. Jadual juga boleh dilihat di pintu masuk Multipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse:

6/2/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: En. Ahmad Rafizi Salleh (UKM)
Tajuk: Mempraktikkan Konsep Masyarakat Islam Zaman Rasulullah SAW dalam Kehidupan Bermasyarakat
 
13/2/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Hamzah Abdullah
Tajuk: Umum

20/2/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Zainal Rashid bin Ahmad
Tajuk: Amalan yang sia-sia di sisi Allah SWT.
 
27/2/2014 (Khamis - selepas solat Maghrib):
Penceramah: Ustaz Mahfuz bin Muhamad
Tajuk: Umum.

InsyaAllah, kami telah mendapat persetujuan secara lisan daripada Ustaz Zainal Abidin (Ustaz Toliban) untuk sama-sama kita berkuliyyah bulanan dengan beliau dengan mentelaah kitab solat 4 mazhab yang akan berlangsung setiap 30hb kecuali bulan Februari. Kami akan war-warkan perkara berkenaan kelak.

 
Oleh itu, jom sama-sama kita penuhkan taman-taman syurga ini, sambil terus-menerus menderma ke dalam tabung pembinaan surau kita. Untuk makluman para penduduk sekali-lagi, berikut ialah nombor akaun surau bagi tujuan pembinaan:
 
No. Akaun:     562834623089
Nama Akaun:  Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
Bank:              Maybank Islamic, Bandar Baru Bangi.
 
Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh diajukan kepada mana-mana AJK Pembinaan Surau, atau emailkan kepada arraudhahseribangi@gmail.com