Tuesday, June 17, 2014

Ramadhan Al-Mubarak 1435 / 2014

Assalamualaikum Warga Muslim Taman Seri Bangi.
 
Alhamdulillah, kita diberikan kekuatan dan kesempatan Allah SWT untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Bersyukur kita atas nikmat berkenaan, dan bersyukur kita juga kerana sehingga masih bernafas sehingga kini.
 
InsyaAllah, Ramadhan bakal menjelma. Bagi pihak Pengerusi JK Pembinaan Surau En. Mohammad Ezri Shamsuddin dan seluruh AJK, ingin menjemput seluruh muslimin dan muslimat di Taman Seri Bangi untuk menyertai program-program Ramadhan yang telah kami aturkan.
 
Untuk makluman, kepada para dermawan yang ingin membuat sumbangan untuk aktiviti Ramadhan, boleh menghubungi mana-mana AJK untuk pembayaran. Sekiranya ingin membayar terus ke dalam akaun Surau (Maybank : Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi : 562834623089), mohon untuk berhubung dengan Setiausaha En. Muhammad Fahmi atau emel ke arraudhahseribangi@gmail.com untuk nyatakan jumlah yang dimasukkan agar duit sumbangan boleh digunakan untuk aktiviti ramadhan (Nota: sekiranya ada lebihan, duit aktviti ramadhan ini akan digunakan untuk tujuan aktiviti surau seperti bayaran kepada penceramah atau aktiviti-aktiviti surau yang lain).
 
Berikut ialah aktiviti Ramadhan yang telah diaturkan bagi tahun 2014:
 
 
Aktiviti Pra-Ramadhan:

Kuliyyah Maghrib di Clubhouse:
1. Ustaz Zainal Rashid bin Ahmad - 19 Jun 2014
2. Ustaz Mahfuz bin Muhamad - 26 Jun 2014
 
Nota: Ustaz Hj Zainal Abidin bin Abd Karim Al-Banjari (Ustaz Toliban) akan adakan tazkirah pada 30 Jun 2014 (4 rakaat solat Tarawih, tazkirah kemudian sambung 4 rakaat solat Tarawih).
 
Aktiviti Ramadhan:

1. Solat Tarawih Berjemaah di Clubhouse (bermula Solat Isyak berjemaah):
  
Objektif: Salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan solat tarawih di bulan Ramadhan.
Tarikh: Bermula 27 Jun 2014 (sekiranya 1 ramadhan jatuh pada 28 Jun 2014).
Masa: Bermula solat Isyak berjemaah
Tempat: Main hall, Seri Bangi Clubhouse
 
Nota: 8 rakaat dan 3 witir. Diimamkan oleh imam jemputan, sepanjang bulan Ramadhan. Moreh disediakan. Tempat untuk kanak-kanak juga disediakan untuk kemudahan para ibu-bapa untuk solat.


 
2. Tadarus Al-Quran
 
Objektif: Salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW untuk bertadarus di bulan Ramadhan.
Tarikh: Bermula 27 Jun 2014 (sekiranya 1 ramadhan jatuh pada 28 Jun 2014).
Masa: Selesai solat Tarawih.
Tempat: Main hall, Seri Bangi Clubhouse

 
Nota: Kepada yang berminat boleh hubungi Pengerusi En. Ezri Sham, atau mana-mana AJK Pembinaan Surau.
 
 
3. Program Bubur Lambuk Perdana Seri Bangi
Objektif: Merapatkan ukhuwah para penduduk serta menyumbang sebahagian bubur kepada anak-anak yatim, sekolah tahfiz dan sebagainya.
Tarikh: 12 Julai 2014
Masa: Awal pagi sehingga selesai pemberian bubur lambuk.
Tempat: Seri Bangi Clubhouse
 
Nota: Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, sila hubungi mana-mana AJK Pembinaan Surau. Pembelian terhad kepada 1000 bungkus pertama. Harga rm3 sebungkus.
 
 
4. Majlis Berbuka Puasa Perdana Seri Bangi.

Objektif: Merapatkan ukhuwah para penduduk.
Tarikh: 19 Julai 2014
Masa: Bermula selepas solat Asar.
Tempat: Seri Bangi Clubhouse
 
Nota: Aturcara:
   - Majlis khatam Al-Quran
   - Majlis penyampaian sumbangan dan derma kepada anak-anak yatim/ibu tunggal/asnaf dan cenderahati kepada para peserta tadarus.
   - Majlis berbuka puasa
   - Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.
 
 
Mari sama-sama kita bersama menaikkan syi'ar Islam di taman kita ini.

Pengumuman: Kepada para penderma Makan Malam Ar-Raudhah Seri Bangi yang ingin mendapatkan resit, boleh dapatkan sepanjang minggu pertama Ramadhan selesai solat Tarawih.
 
Terima kasih.