Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT, kita masih lagi dapat bernafas sehingga ke hari ni. Marilah sama-sama kita terus-menerus tunjukkan rasa kesyukuran ke hadhrat Allah dengan meningkatkan dan memperbaiki amal ibadah kita.
Insya Allah, Ramadhan bakal menziarahi kita lagi tahun ini. Jawatankuasa Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi menganjurkan program Ihya' Ramadhan untuk penduduk Seri Bangi, sepanjang bulan Ramadhan.
Berikut adalah program-program berkenaan:
1. Solat Isyak dan Tarawih berjemaah.
Bermula malam 1 Ramadhan sehingga 2/8/2013.
Tempat: Multipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse.
2. Solat Subuh berjemaah.
Bermula subuh 1 Ramadhan sehingga 2/8/2013.
Tempat: Multipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse.
3. Program Bubur Lambuk Perdana
20/7/2013 (Sabtu) selepas Asar
Tempat: Multipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse.
4. Majlis Khatam Al-Quran & Buka Puasa Perdana
28/7/2013 (Ahad) bermula selepas Asar sehingga solat Tarawih
Tempat: Multipurpose Hall, Seri Bangi Clubhouse.
Marilah sama-sama kita meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadhan ini, dan insya Allah, dapat kita dipertemukan oleh Allah SWT dengan Lailatulqadar, seterusnya kita menjadi insan yang lebih bertaqwa dan cemerlang.
Untuk sebarang komen, pertanyaan atau ingin menyumbang dana kepada tabung pembinaan surau, bolehlah menghubungi mana-mana AJK atau menghantar emel ke arraudhahseribangi@gmail.com.
No comments:
Post a Comment