Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kesyukuran kita panjatkan kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menikmati kesihatan dan kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT.
Pada 11 April 2015, JK Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi serta beberapa orang penduduk Taman Seri Bangi, telah membuat lawatan ke tapak pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi. Pada hari lawatan tersebut, pihak kontraktor iaitu AHAZ BUILDERS SDN BHD, telah memberikan penerangan tentang status terkini pembinaan. Berdasarkan penerangan berkenaan, pembinaan surau adalah 20% mendahului jadual yang dirancangkan. InsyaAllah, dengan progress yang diberikan ini, surau akan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya bulan Oktober 2015.
Ayuh kita terus-menerus menyumbang ke tabung pembinaan surau bagi memastikan pembinaan surau ini berjalan dengan lancar. Ayuh kita berwakaf untuk bekalan kita di sana.
Berikut ialah maklumat akaun bank Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi:
Nama Akaun: Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
No. Akaun : 562834623089 (Maybank Islamic)
Sekiranya inginkan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi tujuan pengecualian cukai, sila emailkan nama, alamat, nombor telefon serta bukti pembayaran/online transfer ke arraudhahseribangi@gmail.com.