Assalamualaikum Warga Seri Bangi,
Ramadhan telah lama berlalu. Kini, Syawal pula semakin meninggalkan kita. Itulah putaran yang kita lalui setiap tahun, yang seharusnya diisi dengan segala kebaikan sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
Kami, Jawatankuasa Pembinaan Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi, ingin menyeru seluruh Warga Seri Bangi khususnya, untuk sama-sama tingkatkan lagi usaha dalam mengisi tabung pembinaan surau Taman Seri Bangi.
Berdasarkan anggaran awal yang diberikan oleh arkitek, jumlah pembinaan secara keseluruhan ialah sebanyak RM600,000.00. Alhamdulillah, sehingga bulan Julai 2013, dana pembinaan surau telah mencecah kurang lebih RM130,000.00 (Insya Allah, kami akan menyiarkan jumlah kutipan dan perbelanjaan bulanan bermula Oktober 2013, juga progress pembinaan surau bagi rujukan para penduduk dan penderma).
Untuk makluman semula, berikut adalah akaun Maybank Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi:
No. Akaun: 562834623089
Nama Akaun: Surau Ar-Raudhah Taman Seri Bangi
Bank: Maybank Islamic, Bandar Baru Bangi.
Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh diajukan kepada mana-mana AJK Pembinaan Surau, atau emailkan kepada arraudhahseribangi@gmail.com